POLISI ASATIZAH

Pelajar adalah aset Akademi Connect To Qur'an.

Asatizah adalah pengajar yang telah dilantik oleh Akademi untuk mengajar pelajar Akademi.

Oleh itu, Asatizah hendaklah sentiasa mematuhi polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Akademi.

Tenaga pengajar Akademi  boleh menetapkan jadual mengajar sendiri mengikut masa yang diinginkan di dalam sistem.

Akademi akan menetapkan pelajar berdasarkan jadual pengajar. Oleh itu, pengajar hendaklah menepati masa jadual yang telah ditetapkan kepada pelajar.

Tenaga pengajar hendaklah memulakan dan menamatkan kelas pada masanya. Tenaga pengajar tidak dibenarkan mengakhiri kelas awal tanpa persetujuan pelajar.

Kadar gaji adalah berdasarkan bilangan pelajar dan bilangan kelas yang dijalankan pada bulan tersebut.

Pihak Akademi akan menyediakan gaji berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh tenaga pengajar dan pengurusan Akademi.

Pembayaran gaji akan diberi setiap awal bulan melalui online banking ke akaun tutor.

Tutor akademi C2Quran perlu sentiasa menggunakan ID yang diberikan oleh pihak akademi untuk login ke dalam sistem. Sebarang penggunaan ID persendirian adalah tidak dibenarkan dan perlu mendapat kebenaran dari pihak akademi C2Quran.

Pengajar tidak dibenarkan sama sekali:

1. Membuat pesanan secara peribadi kepada pelajar-pelajar menerusi Whatsapp, SMS, dan sebagainya tanpa mendapat persetujuan daripada pihak Admin. Segala urusan admin—yuran, jadual dan sebagainya—berkaitan dengan Akademi perlu melalui pihak Admin sahaja.
2. Menerima tawaran dari pelajar.
3. Membuat tawaran kepada pelajar.
4. Mengambil pelajar-pelajar yang masih menuntut di atau berhenti dari Akademi untuk tujuan mengajar kelas di luar Akademi ketika tutor masih di dalam perkhidmatan.

Tenaga pengajar yang berhasrat untuk berhenti dari perkhidmatan di Akademi hendaklah memberikan notis 1 bulan (30 hari) dari tarikh hari terakhir bekerja. Ini bagi mengelakkan pembelajaran pelajar-pelajar tidak terganggu.

Tenaga pengajar perlu menyediakan dan menghantar beberapa perkara yang tertera di bawah :

1) Lengkapkan rumusan pembelajaran setiap pelajar yang telah diajar oleh tutor (sila hubungi Admin untuk mendapatkan template pelajar).

 2) Kemaskini timesheet untuk pembayaran elaun. Pembayaran elaun akan dibuat pada awal bulan.

3) Pengajar tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar-pelajar Akademi yang masih aktif dalam pengajian selepas menamatkan perkhidmatan dengan Akademi.

Sebarang pelanggaran syarat dan peraturan yang ditetapkan, pihak Akademi berhak mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut budi bicara pihak Akademi Connect To Qur'an.

Pihak pengurusan Akademi Connect To Qur'an berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.

(Tarikh Kemaskini : 17 September 2024)

1. Adakah tutor boleh mengambil / mengajar pelajar di akademi C2Quran selepas tutor berhenti dari akademi?

Jawapan : Tutor yang telah berhenti dari Akademi C2Quran tidak dibenarkan mengambil pelajar-pelajar akademi C2Quran yang masih belajar atau telah berhenti. Secara logiknya jika bekas tutor menawarkan untuk mengajar pelajar akademi, sudah pasti pelajar akan berhenti dari akademi dan meneruskan pengajian dengan bekas Tutor. Bekas tutor boleh mencari sendiri pelajar menerusi iklan di mudah.com.my, facebook, instagram atau sebagainya. Pihak C2Quran tidak mempunyai halangan jika bekas tutor mencari pelajar sendiri. Ini kerana pihak C2Quran membelanjakan ribuan ringgit untuk pengiklanan dan mempromosikan C2Quran di internet.

2. Adakah tutor masih boleh sertai C2Quran setelah berhenti?

Jawapan : Insha Allah pihak C2Quran boleh mempertimbangkan semula permohonan calon tutor yang ingin kembali mengajar di akademi.

3. Adakah tutor boleh mengambil no telefon pelajar atau whatsapp pelajar secara terus?

Jawapan : C2Quran menghormati privasi pelajar dan tutor. Maka, C2Quran tidak membenarkan pertukaran no telefon antara pelajar dan tutor. Sebarang komunikasi boleh dilakukan melalui skype atau boleh minta admin untuk whatsapp student

image

HUBUNGI KAMI