POLISI PELAJAR
Invois akan dikongsi lebih awal, dan pelajar digalakkan untuk membuat bayaran lebih awal. Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir bayaran ialah pada 26 haribulan setiap bulan, dan kelas untuk bulan baharu hanya dapat dijalankan setelah bayaran diterima.
Pelajar dibenarkan membatalkan kelas dengan memaklumkan kepada Admin 24 jam sebelum kelas bermula. Sebarang pembatalan kelas kurang daripada 24 jam (melainkan kecemasan atau sebab yang tidak dapat dielakkan) tidak dibenarkan dan yuran kelas penuh dikenakan. Jika pelajar telah membatalkan kelas, kelas ganti akan diadakan dan mesti dijalankan pada bulan yang sama dan tidak diteruskan ke bulan berikutnya.
Pelajar dibenarkan menukar masa kelas dengan memaklumkan kepada Admin, tertakluk kepada slot kelas yang ada.
Pelajar dibenarkan untuk menangguhkan kelas dan menggantikannya sama ada dalam bulan yang sama atau pada bulan berikutnya sahaja. Untuk berbuat demikian, sila maklumkan kepada pihak admin atau guru yang berkenaan. Kelas ganti akan dijadualkan semula mengikut kekosongan jadual guru.
Pelajar dibenarkan untuk menarik diri dari Program Akademi.
Pelajar perlu memaklumkan 24 jam sebelum waktu kelas bermula kepada pihak Admin atau Ustadh/Ustadhah.
Sebarang penarikan diri kurang daripada 24 jam adalah tidak dibenarkan dan bayaran penuh kelas akan dikenakan.
Tidak dibenarkan menanggguhkan kelas melebihi 3 hari kelas secara berturut-turut. Pihak Akademi berhak mengenakan yuran penuh untuk kelas yang ditangguhkan.
Penangguhan Kelas disebabkan kemalangan atau sebarang kecemasan hendaklah dimaklumkan dengan kadar segera kepada pihak Admin atau Ustaz/Ustazah.
Manakala, penangguhan kelas disebabkan datang bulan bagi wanita, boleh mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Mufti iaitu dibolehkan membaca al-Qur'an sekiranya mempunyai niat untuk belajar:
Pemulangan yuran boleh berlaku jika disebabkan faktor yang diterima oleh pihak Akademi sahaja. Pihak Akademi akan memberikan pemulangan yuran kelas seperti berikut:
i. Pelajar perlu memberikan nombor Akaun Bank kepada pihak Akademi.
ii. Pemulangan bayaran melalui pindahan bank atas talian akan dilakukan dengan dalam masa 7 hari bekerja.
Pihak pengurusan Akademi Connect To Qur'an berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.
(Tarikh Kemaskini : 17 September 2024)
Sila hadir tepat pada masanya kerana waktu yang diperuntukkan adalah khusus untuk anda. Kelewatan akan menyebabkan kehilangan masa pembelajaran yang berharga, dan tiada lanjutan masa dapat diberikan kerana jadual kelas adalah berturut-turut dengan pelajar lain. Jika guru menunggu selama 15 minit tanpa sebarang maklum balas atau pemberitahuan, kelas akan dikira sebagai tidak hadir dan tiada kelas ganti akan diberikan.